Saturday, 9 March 2013

✽ HORMATILAH KAUM WANITA ✽


♥ Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ♥ 

✽ HORMATILAH KAUM WANITA ✽

❥ Akhlak seorang lelaki itu bisa dilihat bagaimana cara dia memperlakukan wanita..

❥ Dan akhlak seorang suami itu bisa dilihat bagaimana cara dia memperlakukan istrinya..

❥ Seorang lelaki yang baik akan selalu menghormati wanita..
❥ Dan seorang suami yang baik akan selalu memuliakan istrinya..

❥ Seorang lelaki terhormat tak akan pernah mempermainkan wanita..

❥ Dan seorang suami terhormat tak akan menyakiti hati istrinya..

❥ ARRIJALU QAWWAMUNA 'ALAN NISAA (Lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita)

❥ Maka bersikaplah sebagai pemimpin yang baik..

❥ Maka perlakukanlah kaum wanita dengan baik..

❥ Maka bimbinglah kaum wanita dengan baik..

❥ Maka hormatilah kaum wanita dengan baik..

❥ Sebagaimana kau menghormati ibumu yang tak lain adalah seorang wanita jua..

❥ Semoga Bermanfaat.. (◡‿◡✿)

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽

Tuesday, 12 February 2013

Aku S'0rang Perempuan

Bismillah..

Selembar cerita lakonan seorang insan bernama hamba pada Penciptanya. Secubit kenangan titipan seorang aku berupa teman..
**** cukuplah Allah bagi ku,, tiada yang lain selain Allah.. ***
asbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.

"Suburkan jiwaku dgn cahaya ilmuMu ya Allah!

Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..

Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.

Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.

Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!

Memaparkan gambar di Facebook?

Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.

Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.

Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.

Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?

Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.

Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.
Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina!

Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.
Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.

Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.
Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.

Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia.

 Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.

Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemupacarnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!

Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.

Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.

Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta.

 Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.
Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.

Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.

Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.

Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.

Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang.

 Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.

Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...

Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.

Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..

Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!

Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!

Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.

Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.

"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
[An-Nisa', 4 : 13]



"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

-Artikel Iluvislam.com

Monday, 7 January 2013

Pesanan Buat Isteri


1. Jaga solat pada awal waktu.

Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.

Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. 
Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.

Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.

Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.

Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

>>Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Sebarkanlah bersama wanita-wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.inshaAllah<<

memilih untuk bersuamikan doktor?




BismillahiMashaALLAH


Bersuamikan doctor kah saya?!


Korang ade orang kesukaan dalam hidup korang???..


Kerjaya Seorang Doktor

Doktor adalah nama glamor manakala pegawai perubatan adalah nama jawatan yang diberikan kementerian kesihatan. Terkini, kerajaan telah memberikan pelbagai insentif menarik kepada doktor.

Untuk yang bergraduat dengan jayanya sebagai pelajar perubatan maka dilantik sebagai pelatih pegawai perubatan berjawatan UD41. Proses yang perlu dilalui ialah 2 tahun.

Selepas 2 tahun, seseorang pelatih akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD44 secara automatik. Manakala genap sahaja perkhidmatan sebagai pegawai perubatan selama 3 tahun selepas perlantikan UD44, automatik akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD48.

Selepas 5 tahun berada pada pegawai perubatan UD48, seseorang akan dilantik terus secara automatik kepada UD52 dan selepas 5 tahun akan terus dilantik ke jawatan UD54.

Pelajar-pelajar perubatan yang lulus dengan jayanya, kerjaya sudah sedia menanti. Tiada istilah pengangguran dan kesusahan mencari pekerjaan bagi pelajar2 perubatan.

Benarlah kata orang2 di zaman saya, belajar susah, kerja senang jika belajar senang maknanya susah lah nak dapatkan pekerjaan.

Dengan peluang kerjaya dan prospek kerjaya menarik, ramai mungkin tidak sedar betapa sukarnya menjadi seorang doktor atau pegawai perubatan.

Walaupun tugas seorang doktor adalah tugasan mulia, insyallah mempunyai pahala yang besar jika ikhlas bekerja tetapi cabaran menanti juga besar.


Pesan Syeikh Yusuf Hasani, Syeikh seorang ikhwah di Mesir..

“Berkehendakkan sesuatu itu banyak diseliputi nafsu. Samada perkara baik atau buruk. Nafsu itu sangat halus muslihatnya. Jika kita berkehendakkan sesuatu untuk kita dengan alasan apapun samada baik atau tidak dan berkehendakkan ALLAH agar memakbulkannya ianya tidak salah namun ia tetap dari kehendak perasaan dan nafsu yang tersembunyi. Kerana kita mendahulukan kehendak kita dari pengetahuan ilmu ALLAH.”

Dalam ilmu ALLAH, DIA tahu apa yang terbaik buat kita. Dalam doa kita, kita mengkhususkan sesuatu kehendak. Jadi, doa kita tersembunyi kehendak dan tuntutan nafsu yang tersirat. 

Ia tidak salah, namun adab hamba, dan ahwal ubudiyyah dan hati, perlu kita daki lagi fikirkan kembali…nilai semula.

Justeru, Syeikh berkata lagi. Janganlah kamu meminta si fulan atau si fulan, atau itu atau ini. Kelak jika ALLAH memberi, kamu akan menderita kerananya. Sebab ia berasal dari nafsu kamu.

Boleh rujuk kitab Hikam Ibn 'Athaillah As-Sakandari dan Bidayah Wan Nihayah oleh Imam Ghazali.

Namun doalah agar ALLAH memberi apa yang terbaik buatmu, apa yang ALLAH suka buatmu, apa yang ALLAH gembira buatmu, apa yang ALLAH hendakkan buatmu. Nescaya engkau akan gembira dan bahagia.

Menjadi isteri seorang doktor tidak semudah yang disangka. Ramai yang tidak boleh adapt. Mungkin kita sangka kita boleh, tapi hakikatnya selepas kahwin merana jiwa. Tanggungjawab besar. Pengorbanannya juga besar. Sebelum berkahwin, ramai bertanya. Bersediakah nak jadi isteri seorang doktor ni?

Perkahwinan idaman lebih dari sebuah idea yang terlalu idealistik.

Ia tidak semudah jika begitu, akan begini...

Ia lebih kepada komitmen kita sepenuhnya kepada ALLAH, dan pergantungan pada ALLAH dan harus dimulakan dengan penyerahan TOTALLY 100% pada ALLAH dari sejak menanam niat lagi. Kenapa, untuk ALLAH. Mengapa, kerana ALLAH. Dengan siapa? Siapa sahaja yang ditentukan ALLAH. Of course, perlu ada usaha. Usaha yang tulus pada menyiapkan diri. Pada usaha mencari jodoh tanpa terlalu memilih dan dengan cara yang syarie.

Kita mungkin menyangka pada ilmu kita, kita mampu atau kita akan berusaha which is tak salah. Cuma kita tidak tahu apa yang terbaik dan apakah yang terbaik itu berkahwin dengan doktor. Kita sendiri tidak tahu sesuatu perkara berdasarkan ilmu ALLAH dan apa kemampuan kita.

Apapun, jika niat itu baik namun doalah APA SAHAJA yang terbaik di sisi ALLAH. InshALLAH bahagia dan tenang selama-lamanya.


Thursday, 27 December 2012

MonoloG Dari Rahim ~


Munajat Se0rang Al-HuFFaz




“Ya Allah..

Jadikanlah kami Hamlatul Qur’an yang sejati dan hakiki

Sebagai penyejuk mata,penawar hati setiap insane di muka bumi

Agar kehadiranku didunia ini bermakna

Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri

Sesungguhnya kehidupan didunia ini sungguh indah tidak terperi

Dengan alunan ayat2 suci yang sentiasa bermain dibibir,telinga dan hati..

Lantas itu..

Ku pinta padaMu ya Ilahi

Agar di saat2 akhir hayatku

Alunan kalamMu yang mengakhiri pemergianku..”



“ya Allah..

Kami tahu bahawa Al-Qur’an itu adalah milikMu

Kami jua tahu ianya diturunkan sebagai pedoman hidup kami..

Dan kami jua tahu Engkau berhak untuk mengambilnya pada bila2 masa yang Engkau kehendaki..


Hanya satu yang ku pinta..

Engkau bantulah kami dalam menjaga kalam suciMu..

Jua bantulah kami untuk mengamalkannya..

Agar kami menjadi Penghafaz kalamMu yang sejati..

Amen..

Thursday, 19 July 2012

Mak,,Ramadhan Kembali lagi tahun nie..Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan




Assalamualaikum...

Lagi 2 hari lagi kita nak meyambut Ramadhan...

Sgt2 xsabar..alhamdulillah sesungguhnya Allah masih m'izinkan saya utk bersama Ramadhan tahun ini lagi..


Al-Kisah ~ Bab 1 ~


Teringat dulu masa puasa di zaman kanak-kanak..Pantang pukul 12..Sure cuit-cuit mak,cakap dah nak pengsan lah..Dah pitam lah..Yang paling best sekali.."Mak,bley x nk minum air dulu..t kite pose balek..bley ek..xtahan da nie..nak mati da..ley la.."

mak p0n bg green light je kan..pe lagi..kite terus pi minum air..hepi lagi taw dpt minum air je pun..haha..Siap suruh mak masakkan lauk..Boleh lak cam2 ek..hahaha
Tapi skux..Alhamdullilah,da makin besar da ley berfikir dgn waras n baik ,,nak ponteng puasa pun sangatlah terasa sayangnya dan terasa malunyer dgn Allah s.w.t ...Sebab utamanya,nak kena ganti balik..haha

Insyaalah..sabtu ni bermulalah kita berpuasa..kalau dipanjang umur,,saya akan melalui Ramadhan yang ke-21 sepanjang usia saya,,semoga Allah memberi aku peluang untuk aku mengharungi Ramadhan ini hingga ke akhir.

Bila kenangkan Ramadhan kali ni...ade sesuatu yang bermain dalam benak hati saya ini...."kalaulah masih ade lagi arwah uwais..pastinya..bila kenangkan ini semua ...sayu rasenyer..nak nangis pun ade...

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah......

Pastinya semua diantara kita telah menghadapi kehilangan sebagaimana saya rasa ini..

( Da2 lari t0pik lak..xnk citer sedih2 nie..hehe..")

bila saya ingat balik 3 tahun saya berada di kipsas, memang sedih puasa tanpa keluarga...
tiap-tiap hari akan fikir nak makan apa time sahur nanti, nak beli apa time berbuka nanti...
tapi sebenarnya kita dapat belajar hidup berdikari dan menjadi lebih matang...


kalau kat rumah bila time sahur je mak saya akan kejutkan kami sekeluarga dan bangun-bangun je terus makan...huhuhu...

ok, apa saya merepek nie???abaikan...

Perkara yang paling best di bulan Ramadhan tahun ni ialah melihat keluarga saya berkumpul dan berbuka puasa serta berterawih bersama,,bertambah lak dgn kehadiran owg baru dalam keluarga saya..Masing-masing ada kerenah tersendiri, gembira bila nampak keluargaku yang lengkap bersama. Alhamdulillah.

Eh2..maknanyer esk kita terawih kan3...

Terkenang saat semasa saya kecil, waktu solat terawih adalah masa yang ditunggu. Berjalan beramai-ramai bersama-sama dengan kawan-kawan sambil bertukar cerita tentang juadah berbuka puasa.Masa tu, telekung kena betul-betul bersih. hehe..lau x t kena bebel dgn mak.. "Nak pi ngadap Allah pun xreti nk bersih2 ke.."..ngee

Sekarang semua menjadi memori semsa kecik2 dulu..

                                                                                        t0 be c0ntinue.. -_-""""

Al-Kisah ~ Bab 2 ~


Malam pertama Tarawih..




Dulu kalau sembahyng tarawih ikut family p terawih..kalo buat 8 rakaat tue rasa cepat giler..hahaha..tapi..sekali lau mak ayah wat 20 rakaat sempat membuta dulu kan..hehe skux nie malu rasenyer lau wat 20 rakaat pun masih xmampu sb smlm bile hbis je 8 rakaat,,sya tgk ramai yg kuar dr saf & dpd byk2 saf y ada tinggal 3 saf je yg wat 20 rakaat.. 

tetibe...

Hbis je 20 rakaat & s0lat witir secara b'jemaah.. sy lihat seowg adik kecil dgn kakinyer yg tempang berjalan keluar menuju ke pintu masjid..lalu.. sy b'istighfar sbyk mungkin didalam hati sb..kenapa kita yg n0rmal lagi kuat angg0ta badan yg Allah kurniakan xmampu utk melakukan s0lat terawih sbyk 20 rakaat pada malam pertama terawih..

Allah..

Malu rasanya dgn diri sendiri..malu rasenyer kepada Allah s.w.t,, Malu Rasenyer kepada Insan  Istimewa tu.. sesungguhnya Allah merahmatimu Adik kecil..


Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
" Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Err,,k0wg mase kecik2 dulu..msti pnh tidur time sujud kan..hehe.. tipu la tu lau xpnh.. sb sy p0n pnh.. ( eh! xsen0n0h t0l perangai.. haha)


Bersempena bulan ramadhan ni banyak kisah nostalgia zaman kanak - kanak mula terimbau kembali. Yang bernama kanak - kanak macam sang lekit & the gang dulu memang penuh aktiviti. Aktiviti mengikut musim. Kalau bulan puasa.. Aktiviti main kejar2, masak2 & mainan lasak2 ni kurang. Konon puasa tapi puasa kadang - kadang yang yok jer. Kekekekeke

masuk masjid jer, ambil saf paling belakang. Mula - mula semua ok lagi. Semangat lagi berterawih. Dah sampai rakaat yang ke lima keatas mula nampak ragam macam - macam. Ada yang mula pejam celik tapi di teruskan juga. Ada yang mula berhenti dah.. Ada yang sujud terus tak bangun - bangun. Bila di ingatkan memang kelakar. Cuak juga bila sorang kawan sang lekit ni sujud terus baring & tak bangun2 sampai habis terawih. Ingatkan pengsan ke apa rupanya tidur makhluk Allah tu.. ( t'masuk la diri sendiri..) hahaha

jangankan tengah sujud,tengah berdiri pun boleh terlelap hahah..

kadang-kadang kalau imam baca surah yang terlalu panjang tu rasa geram jugak.bukan kita tak suka surah panjang-panjang,tapi kalau dah dekat 10 minit baca surah,nak khusyuk macamana lah....-alasan=)

p mmg betul ah . tingat mase time study dulu. g terawih konon, sekali boleh pulak tesengguk2. time berdiri lak tu. ehe^^ nampak sgt x kusyuk.

                                                                         t0 be c0ntinue again2..hahaha