Wednesday, 9 November 2011

:: Nada Cinta buat yang bergelar "WANITA"::

WANITA YANG DIRINDUI SYURGA
"CUKUPLAH BILA AKU MERASA MULIA KARENA ENGKAU SEBAGAI TUHAN BAGIKU DAN CUKUPLAH BILA AKU BANGGA BAHAWA AKU MENJADI HAMBA BAGIMU. ENGKAU BAGIKU SEBAGAIMANA YANG AKU CINTAI, MAKA BERILAH AKU TAUFIK & SINARAN KASIH-MU SEBAGAIMANA YANG ENGKAU CINTAI."

Indah menjadi seorang wanita . Begitu tinggi darjat wanita  di sisi Allah.  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” 

Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".





sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. moga kt semua (wanita/ gadis/ perempuan) tergolong dlm klngan wanita solehah.amin..=).

Imam Adz-Dzahabi menjelaskan identiti Ummu Salamah;
“ Ummu Salamah adalah wanita terhormat, berhijab dan suci. Namanya Hindun binti Abu Umayyah bin Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzhah bin Murrah Al-Makhzumiyah. Ummu Salamah merupakan sepupu kepada Khalid bin Walid yang digelar Pedang Allah dan Abu Jahal bin Hisyam. Dia termasuk wanita yang pertama kali berhijrah. Sebelum menjadi isteri Nabi Muhammad s.a.w, Ummu Salamah menikah dengan Abu Salamah bin Abdul Asad Aal-Makhzumi, seorang lelaki yang soleh.”

Dia adalah Hawa. Dia dicipta sebagai wanita.Pelengkap lelaki yang mempunyai keistimewaan yang tuntas dan termahal di dalam menjana peribadi unggul dan berprestij. Dia adalah aspirasi setiap generasi. Bertepatan dengan fitrahnya yang lembut, berhikmah, halus dan tersendiri, ia mempunyai sentuhan ajaib yang terlalu sukar untuk diganggu gugat.Agung dan uniknya wanita kerana menjadi tapak semaian pertama benih-benih generasi yang bakal mewarnai dunia dengan agenda perjuangan. Peranannya di dalam memanusiakan manusia tidak pernah dinafikan oleh kebenaran sejarah.


“Wanita dimasyhurkan kerana tidak ditonjolkan. Ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan ”.

Wanita hadir atas nama cinta. Ya, cinta yang paling agung adalah datangnya dari Ilahi. Bagaimana Allah memurnikan kewujudan wanita bukan sekadar hiasan dunia. Hawa, adalah wanita pertama yang diciptakan atas dasar cinta Allah kepada Adam. Setelah melalui beberapa frasa kehidupan dan sejarah, tidak dapat digambarkan betapa Allah sentiasa kagum dengan kehebatan cinta seorang wanita.

wanita itu hiasan dunia yg amat unik dan menarik perhatian..yg kdgkala alpa dan lalai dengan kemegahan dan kecantikan yg diberikan olehNya..namun sbg wanita..kt perlu berpegang bahawa tiada yg kekal malainkanNya..hiasan yg bersifat sementara di dunia tetapi kekal di akhirat kelak berbekalkan amal dan pahalamu...:)

"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan  darinyalah aku mendapatkan keturunan."
Wahai syabab, wanita bagaimanakah yang kamu hajatkan sebagai pasangan hidup, tulang belakang (pendokong) hidupmu dan pembimbing anak-anakmu?

Wahai wanita, suami yang bagaimanakah peribadinya yang kamu inginkan sebagai ketua,pembimbing dirimu dan keluargamu?

Wahai ummah, wanita yang bagaimanakah kita lihat pada hari ini, yang bagaimana kita cari, dan yang bagaimanakah kita puja dan puji? 
                 
                                                                                        - Created by : InsPirasi AreNis-                                                                          

Kawan Selamanya Vs "Cinta"

Cinta boleh dicari tapi sahabat sukar dicari ganti..kadang-kadang sebab cinta kita boleh lupakan sahabat..minta pandangan sahabat-sahabat sekalian..apa yang kita boleh lakukan dengan rakan yang sebegini..sanggup tngglkn sahabat kerana cinta..

"Usahlah kau merebut kasih,Yang engkau sendiri tidak pasti,Kerana Tiada Kasih Yang Abadi melainkan kasih ILAHI......"

Antara cinta dan sahabat...Bila dah kawin mestilah fokus lebih terarah pada perkahwinan(itulah fasa cinta sebenar) terutama kalau
perempuan..Keluarganya adalah sahabat dan cintanya..pendek kata semua family saja.dengan kawan-kawan ada tapi agak kurang percentage nya
Kalau time kanak-kanak/remaja rebina ni cuma banyak lagha sajalah kan..tak eloklah ditinggalkan kawan..hehehe..  cinta boleh meninggalkan kita bila persaan cinta itu sudah layu..tapi persahabatan sentiasa mekar dan berkembang.. sememangnya betul...kawan lebih penting dr cinta..sekiranyer seseorang menyanyangi kita dan pastilah dia mesti menghargai kawan-kawan disekeliling kita...kehilangan cinta mungkin boleh dicari ganti tetapi kehilangan kawan memang sukar untuk dicari ganti. persahabatan yang terjalin juga mestilah dengan niat yang ikhlas..

Kalau tak ikhlas, persahabatan kita akan jadi rosak..sahabat kita yang baik akan membantu kita bila kita susah, bagi nasihat kepada kita dan juga beri jalan kita kepada jalan kebenaran..tapi perlu diingat bila kita bersahabat dengan kawan yang tak ikhlas, mungkin kawan akan menjadi lawan..sebab itulah bila nak berkawan kena nilai dengan lebih dekat kawan kita..yang petang org yang kita nak berkawan tahu dalam ilmu agama...kalau tiada sahabat..dimana kit anak mencurahkan perasaan dan rasa hati kita?berkongsi suka dan duka hidup kita kepada insan yang bernama sahabat..seperti kalian..walaupun saling tak mengenali..kita tetap sahabat...kita berbincang permasalahan masing-masing..itu dikira sahabat...

cinta..
mungkin persepsi setiap orang berbeza-beza..tapi
pada saya cinta itu melengkapi hidup seseorang yang bergelar manusia..
lumrah manusia dicipta adam dan hawa
kaum hawa dicipta dari rusuk kaum adam
ternyata cinta mempunyai nilainya yang tersendiri....



sebenarnya kedua-duanya sama penting....cinta dan persahabatan perlu seiring supaya kita bhagia..tapi persahabatan dan cinta ni perlu mengikut jalan yang betul..cinta yang paling utama adalah cinta kita pada Allah, cinta kepada Rasul dan juga kepada ibu bapa..bila kita cinta dengan cara yang betul barulah kita mendapat kejayaan dunia dan akhirat...tapi bila kita kita bercinta dengan niat yang salah..maka hasilnya salah..contoh kita bercinta dengan pasangan kita semata-mata kerna nak harta dan sebagainya..maka cinta kita akan rosak..cinta kita kepada makhluk tidak akan kekal walaupun sejati mana cinta kita..cinta kita yang kekal abadi adalah cinta kepada Allah..secara kesimpulan cinta kepada Allah mengatasi segala-galanya..

P/S: "don't love somebody that u can't be happy without him..
love somebody that can't be happy without you..
that makes a lot of



Warna - Warni Perkahwinan

HUKUM BERSANDING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.

Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan. Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.

Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.

Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.

Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

ASAL USUL PERSANDINGAN

Ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.

Pertama:
Persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua:
Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu. 

asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam. Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja. Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

MAHAR DALAM SESEBUAH PERKAHWINAN
Mas kahwin dan hantaran yang mahal:

Ini adalah sunah Rasul yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi) Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat

Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat. 


Semoga kita mendapat manfaat daripada ceramah beliau dan mengambil iktibar agar tidak tersalah mengambil langkah. 

dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا
Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)

“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)
Memang kelihatan hadis-hadis di atas menyebut perihal mas kahwin, namun dalam konteks Malaysia yang mempunyai adat memisahkan mas kahwin dan hantaran, kedua-dua belanja yang berkait langsung dengan aqad nikah dianggap relevan dalam erti hadis di atas. Manakala kenduri pula adalah sesuatu yang terasing.  - Dr Zaharuddin Abd Rahman -

Waallahualam..sekadar perkongsian kita bersama..sesungguhnya sesebuah perkahwinan itu amatlah dicintai oleh Allah s.w.t. Ia nya bukan untuk sementara waktu malah untuk ke akhir hayat..jagalah masjid yang terbina hanya untuk mendapat keredhaanN