Thursday 14 June 2012

Lelaki yang c0mel agamanya.. ^_*







Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

***







Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.  Surah An-Nisaa' : ayat 119

Hari ni tiba-tiba rasa terpanggil nak tulis entry tentang cari pasangan hidup ni. Hehe. Aku selalu berbual tentang kehidupan ni dengan mak & kakak ipar yang cute muit + Sp0rting gitu..hehe, dan tak terkecuali tentang lelaki yang akan ku nikahi kerana kec0melan agamanya..hehe.. p/s : InsyaAllah.. :)

~ the way of my life ...~


Secara fitrah semulajadi, lelaki lebih suka memandang wajah yang cantik.. perempuan pun suka memandang lelaki yang hensem.. ♥ Sememangnya fitrah manusia yang cintakan keindahan dan kesempurnaan kan..??

Bila sebut lelaki comel, semua anak gadis akan membayangkan seorang jejaka kacak ibarat artis Korea,  Betulkan?

Rasenyer lau tanye pada anak gadis sekarang nie..mesti di0wg taw kan.. hehe..sb adik sy yg b'umur 12 tahun pun taw.. hee..saya?? layan je..tp xde kuasa nk m'ingat nama di0wg.. :P


****
Tapi..

Kal0 yang bawah nie..lagiii ramai yg kenal kan... 


Lelaki Paling c0mel sangat simple. Paling utama, seorang yang taat kepada Allah swt. Cukuplah dia seorang yang mampu menjadi imam kepada keluarga, mampu menjadi qari kepada anak-anak, seorang anak yang taat dan berbakti kepada ibu bapa, mengutamakan keluarganya, menghormati orang tua, menghormati kita sebagai wanita, pandai mengambil hati orang tua, memberi ketenangan bila bersamanya, sentiasa mengingatkan solat 5 waktu, sentiasa memberi teguran positif, bertolak ansur, memahami segala kekurangan yang ada, tidak cerewet dan paling utama tidak cepat marah atau melenting. Semua pun akan cakap benda yang sama kan? Sebab memang secara fitrah setiap manusia mahu yang terbaik untuk diri masing-masing. Sebelum kita mahu yang terbaik, perbaiki terlebih dahulu diri kita juga.

Ramai yang beranggapan mereka yang beragama adalah mereka yang dari sekolah agama, ustaz dan imam. Tanggapan ini adalah tidak benar, kita silap andai beranggapan mereka yang bersekolah agama dan mengetahui tentang agama adalah lelaki yang baik. Kadang-kadang dari kalangan mereka juga ada yang buruk sikapnya dan bertindak kasar. 

Lelaki murah pada matanya, ketika dia memandang wanita semahunya.
Murah pada tangannya, apabila dia memegang wanita sebebasnya.
Murah pada hatinya, apabila dia membayangkan wanita semasa tidurnya.
Hebatnya lelaki itu, apabila dia berjaya memahalkan wanita hanya melalui
kata-kata dan akhlaknya.



"Rabbana hablanaa min azwajinaa wadzurriyyatinaa qurrata a'yun waj'alnaa lilmuttaqiina imamaa"

Lelaki yang c0mel agamanya ialah : -

1. Lelaki yang kuat pengangan agamanya :


Pilih yang jenis takat gred lulus ada pegangan agama pun cukup. Yang penting, cari jenis jaga solat. Lagi bagus, yang selalu berjemaah. Apa guna dapat lelaki yang belajar tinggi2 pi luar negara p0n tp pengangan agamanya tidak mampu membimbing kita tiada gunanya juga..

2. Pilih pada hartanya :-

Selalunya bila ada owg ajak sy kawen..bile sy tanye sal keje dia msti kate.."awk nie nk kawen nape mesti nk tgk pd harta ke..??? amb0iii.. 

act..Kalau pilih lelaki lebih elok kaum wanita pilih yang berharta + ada pegangan agama. Tanpa pegangan agama, tak kemana pun harta-harta yang kita kumpul tuh dan janganlah kita sesekali lupa untuk sentiasa beramal jariah.. 

3. Lelaki yang mempunyai paras rupa yang c0mel lagi menyenangkan..heheh

nak taw kenapa..?? sb lau lelaki itu mempunyai rupa paras yang c0mel lagi menyenangkan itu bermakna ia mempunyai hati dan akhlak yang c0mel dan menyenangkan..heheh..bkn bermaksud disini msti hensem di luaran saja tp dalam Ya Allah..hitam.. dan itu juga akan membahagiakan kita..tp yang penting c0melnyer msti pada agamanya juga taw..

Jangan la c0mel mcm nie je.. 


 
Kacak owutsait, kacak insait, kacak dengar sini.
Kalau saya kacak, awak mesti kacak sekali
Bila semua kacak, semua orang berjangkit,
Bila semua orang kacak, dunia tiada korea.
( k0pi & Pasta..cm best je ayt dye..)

Riwayat oleh Bukhari dan Muslim: Nabi Muhammad SAW pernah berkata, “Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nanti engkau akan beruntung.”

Er...dah la sampai sini je bley c0ret..xley lebih2 da..hehe.. t xberhenti2 m'c0ret & last2 xde idea da nk b'bl0g..hehe.. pas nie nk v-l0g la plak..hehe (eh! ad ke v-l0g,wujud ke..?? hehe)..buat umat Islam sedunia..pilih la yang t'baik utk kalian yang b0leh membahagiakan kalian di dunia & akhirat tanpa melupakan asal usul kita yang sebenar.. insyaAllah segalanya telah tertulis di Luh Mahfuz.. :)

sekian..

Wednesday 13 June 2012

Jangan Menitiskan Air Mata Kerana dia milik Allah..


"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah. Lantaran adanya lelaki,dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik kekuatan."


Jangan pernah salahkan ALLAH , bertemu kita adalah kehendak dia dan berpisah kita adalah takdirnya.Jangan pernah salahkan ALLAH dia tahu mana yang terbaik untuk kita. Semestinya cinta di letakan padaNya dan kembali padanya .Mungkin hati ini terlalu mencintaimu dan tidak mencintai ALLAH seperti itu.



Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah.



Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
 ...
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai syabab..
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!


Luahan hati 1....

YA ALLAH...
hnya ENGAU MAHA MENGETAHUI,
perasaanku ketika ini....

Bukan mudah untuk menerima hakikat sebuah kehilangan. Walaupun kita sendiri sedar bahawa semua benda adalah sekadar pinjaman, termasuklah diri kita sendiri.. Setiap yang datang pasti akan pergi, setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang hidup pasti akan mati.


"Pagi tadi selepas subuh, Uwais da xde..," ujar ayah Uwais..

Sudah genap 4 tahun pemergian allahyarham yang tersayang. Pemergian yang sangat-sangat tak diduga. Tak dijangka. Tapi..apakan daya kita sebagai manusia kerana Allah lebih tahu setiap apa yang berlaku



Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita

Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.

Dan

Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi

lebih dari yang kita mahu lakukan




Al-Fatihah buatmu sentiasa di Ingatan..uwais..



Pada malam raya Aidilfitri , aku mendapat panggilan telefon daripada ibu uwais kira-kira jam 8.30 malam. Sejuk kedua-dua tanganku mendapat berita kematiannya. Ya Allah!  Sangat-sangat terkejut. Sangat sedih. Arwah meninggal secara tiba-tiba..mungkin memang telah tertulis pemergiannya pada malam itu..

Aku cekalkan hati melalui hari tersebut. Pilu sangat hati tengok jenazah untuk kali terakhir. Memang terasa sangat kehilangannya. mungkin betul orang selalu cakap, orang yang baik selalu Allah ambil dulu. Sebab Allah lebih sayangkan dia. sedey sgt bile terkenangkan arwah...dy teman hidup y bek sgt...semoga arwah di masukakn dikalangn org y beriman..

Minta maaf..hanya sampai disini saja dpt sy luah kan..tidak mampu lagi hati ini meneruskan coretan tentang kisah ini mungkin hati ini masih belum kuat untuk menghadapi semua ini walaupun telah 4 tahun berlalu..Ya Allah..teguhkan hati ini..jangan biarkan diri ini menyeksa pemergian Arwah dengan ketidakrelaan hati ini melepaskannya..Allah..Allah..

Uwais..

Sesungguhnya..saya tidak pernah melupakan awak sesaat pun didalam doaku.. sem0ga engkau tergolong dalam golongan hamba Allah yang beriman..amin ya Rab..