Monday, 13 June 2011

Muhasabah diri kita ~ Andai Rasulullah bersama kita ~

Disebalik wajah yang ditutupi yang hanya menampakkan mata,setitis air jernih membasahi kelopak matanya dengan suara yang sayu kedengaran apabila di tanya "Bagaimana sekiranya Rasulullah berada bersama kita pada zaman moden ini?"


"Law Kaanna Bayanna"

"Ya Allah..saat ana melihat video ini,ana turut menitiskan airmata..timbul rasa keinsafan dalam diri ana..satu persoalan yang sangat susah untuk dijawab..Perasaan ingin bertemu Rasulullah didalam mimpi pun sudah menjadi impian bagi setiap muslimah solehah dan beriman ini kan pula persoalan "Bagaimana jika Rasulullah bersama kita pada zaman moden ini"..Ya Allah..susahnya untuk menjawab..

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Bersama lah kita..Perhebatkanlah diri kita umat islam..agar suatu hari nanti digerbang syurga , Rasulullah SAW akan tersenyum indah melihat kita .. 
Mungkin itulah senyuman pengubat rindu kita selama ini.. 
Insya Allah..ameen..(^_^)

Berhempas pulas nak kurus? Semua produk dah cuba? Tingkatkan BMR dulu dengan Litchin..Nak kurus,sihat dan Langsing tak jadi masalah lagi..


Sihat,kurus dan Langsing


DE BELLA LITCHIN - ENZIM

"Kaya dengan enzim yang sangat diperlukan tubuh untuk melicinkan proses penghadaman dan bertindak ke atas lemak yang berlebihan pada tubuh badan. Ia juga meningkatkan kadar metabolisma dalam tubuh badan."

Cara Pengambilan : Satu sachet sejam sebelum sarapan pagi dan sejam sebelum makan malam.

Kandungan dalam Litchin Enzim De Bella

Fruit enzim, whey protein, isolated soy protein, soluble fiber, fructose, pectin, acerola powder, colostrum, passion fruit powder, garcinia gambogia dan white kidney bean.


Enzim ini sangat perlu bagi tubuh badan untuk kesihatan yang baik dan melanjutkan usia.

Fungsinya:

• Memecahkan molekul-molekul lemak yang besar kepada lebih kecil dan menyerapkan ke dalam usus untuk proses pencernaan.


• Bertindak kepada karbohidrat yang berlebihan yang diambil untuk ditukarkan kepada tenaga.


• Kandungan protein yang tinggi dapat mengurangkan rasa lapar dan membantu mengurangkan selera makan.


• Dapat mengurangkan pengambilan kalori dan menurunkan kadar kolestrol.


• Meningkatkan kadar metabolisma.


• Membekalkan segala nutrien dan meningkatkan antibodi badan.


• Memperlahankan pengeluaran lemak dan mempercepatkan pembakaran lemak.

• Berupaya menurunkan kadar lemak dalam organ yang menyumbang kepada penyakit-penyakit kronik.

DE BELLA LITCHIN - FIBER
"Keperluan De Bella Litchin - Fiber ini adalah sebagai minuman diet untuk membantu menyingkirkan toksik dalam badan,mengatasi sembelit,mengempiskan perut dan melancarkan pembuangan najis"

Cara Pengambilan : Satu sachet malam sebelum tidur.

Fungsinya:

• Serat tumbuhan membantu mengurangkan cirit-birit dan menyerap air yang berlebihan ke dalam usus.


• Melicinkan usus dan memudahkan proses pembuangan najis.


• Mengurangkan sembelit dan mengatasi masalah buasir.


• Menyingkirkan semua sisa toksik dan membantu pembiakan bakteria baik dalam usus.


• Mengurangkan lemak dan paras kolestrol.


• Rasa kenyang yang lebih tahan lama, membantu menurunkan berat badan.


Cara pengambilan

Satu sachet malam sebelum tidur.

 

Tindakbalas keatas tubuh kesan pengambilan litchin enzim dan fiber

• Susah tidur pada hari-hari awal pengambilan.


• Tekak dan mulut terasa haus dan kering.


• Pengambilan air yang banyak diperlukan untuk menghindarkan rasa kurang selesa.


• Pembuangan air besar yang mudah dan lancar.


• Badan mula terasa ringan dan penurunan berat badan sudah bermula setiap hari.



1 KOTAK ENZIM (20 SACHET) = RM 150 (TERMASUK KOS PENGHANTARAN)

1 KOTAK FIBRE  (20 SACHET ) = RM 150
(TERMASUK KOS PENGHANTARAN)

1 KOTAK FIBRE + 1 KOTAK ENZIM = RM 295

HUBUNGI 014-8365476 (ANISS) / 0139212949 JIKA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN..(^_^)









"Kain bertampal Milik Nabi" ~ Coretan bersama~


Abu Burdah r.a meriwayatkan bahawa :
"Aisyah rha telah menunjukkan kepada kami sehelai pakaian yang bertampal dan sehelai kain sarung yang kasar sambil berkata bahawa Rasulullah SAW wafat memakai pakaian ini"


Begitulah keadaan Nabi Muhammad SAW sepanjang hidupnya memakai pakaian yang sedemikian rupa. Walaupun kedudukan ekonomi agak baik selepas itu,terutama selepas peperangan Khaibar dan selepas penaklukan Makkah namun baginda masih memakai pakaian yang sedemikian..


Hadiah-hadiah mula mencurah-curah datang dari negara lain. namun demikian,corak hidup Baginda SAW tetap sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk..Sebanyak mana yang datang sebanyak itulah pula dibelanjakan kepada orang lain.


Imam Nawai r.a. menyatakan bahawa hadis ini membuktikan Nabi Muhammad SAW begitu tegas menjauhkan dirinya daripada kemewahan hidup. Pakaian yang kasar dan tebal akan mendorong sesorang kepada sifat taat dan tawaduk.Sementara pakaian yang lembut dan nipis  dan berkualiti akan mewujudkan sifat bangga diri,ujub,nifak dan suka bermegah-megah serta menjadi yang masyhur.


Sebahagian besar kehidupan Nabi Muhammad SAW gemar memakai pakaian yang kasar dan bertampal-tampal. Tetapi jika kain-kain yang baik diberikan kepadanya,Baginda SAW juga memakainya. Walau bagaimana pun baginda SAW tidak menampakkan perlunya memakai pakaian yang baik-baik. Baginda SAW bersikap berpada-pada dan sangat bersederhana..


Bagaimana dengan diri kita?? Tepuk dada tanya IMAN..andai kita cintakan kekasih Allah ini,maka ikutlah teladan baik yang Baginda berikan..