Saturday, 11 June 2011

"Pengaduan kepada Tuhan" (Hayati setiap baitnya..")

"Mula2 dgr lagu nie..Ya Allah..syahdu sgt..n dpt terasa kedalaman erti lagu ini.."(^_*)
**********************************

Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

"Ibu..ayah..apa dosa kami??!!

"Kami nak jadi mcm kanak2 len..kami nak kasih sayang ibu n ayah..apa salah kami?? apa dosa kami?? kenapa kesalahan ibu ayah kami y harus tanggung..??kami nak m'besar dgn kasih sayang ibu ayah..tp..kenapa kami dibuang?? dibunuh?? dgn hina...! kenapa??"


Apakah kita taw hati mereka saat mereka dibuang?? apa kita taw akibat saat kita lakukan dosa..?? ape salah mereka..?? mereka xberdosa..knp mereka yg perlu time akibat dpd perbuatan kita..?? Allah ciptakan manusia dgn akal fikiran tp..manusia zaman sekarang ni seolah2 spt xpunyai akal lgsg saat melakukan perkara keji..bkn satu dosa yg dilakukan ttp dua..berzina n membuang n mbunuh anak yg Allah y berikan..
******
Binatang pn taw sygkan ank..b'cakap mmg la pandaikan tp bile da kena btg hidung sendiri nk buat jgn harap..Realitinya,masyarakat kita zaman ini lebih suke berkata itu dan ini n bertindak tanpa menggunakan otak..anak2 yg xberdosa ini xhina..hatta mereka hidup sekali pun segelintir masyarakat kita memanggil mereka dgn panggilan anak haram!..sape yg haram sebenarnya..?? anak yg xberdosa atau ibu bapa mereka yang bergelumang dgn dosa yg telah tertulis dgn jelas dalam Quran :


"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Surah Al-Israk: ayat 32

Firman Allah bermaksud:
"Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas."
-Surah Al-Mukminun: ayat 5-7

Sabda Rasulullah s.a.w
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."

*******
Astaghfirullah...

Jangalah sesuka hati menggelarkan mereka dgn panggilan2 y xspttnye. Mereka pun ada nama,hati n perasaan yg perlu kita hormati. Hati sape yg xsyahdu bila lahir xde nama yg cocok utk di bin atau dibintikan..

Tak ada manusia yang tak pernah buat silap dalam kehidupan mereka. Justeru, teladan dan iktibar perlulah diambil daripada kes-kes yang telah berlaku sebelum ini. Semoga masyarakat lebih dan terus prihatin terhadap isu ini. Kepada yang terlibat pula, sudah-sudahlah membuat onar di bumi Allah yang indah ini. (^_^)








~ Suka & Cinta ~ Ana sukekan dye xbermakna ana cintakan dye..(^_^)

Erm..bile ana kate ana suke dye..kenapa mesti kate ana cintakan dye...???? huh! salah tu!..cinta dan suka satu perbezaan..owh..lau cm2..lau ana suke pd sume owg bermakna ana cintakan sume owg..?? fuh! bahaya tue..
*****
hehe..Suka ana pd sume..cinta ana just Allah n Rasul yang xkan pnh luput dalam hati n ingatan..itu bermakna masih ada yang blOm faham erti cinta dan suka..


Erm..btOl..cinta n suka xbley dihalang sb dye dtg dari hati.."“Lahaula wala quwata illa billaah” (tiada daya dan kekuatan yang dimilikinya kecuali atas kehendak Allah"..KalO mcm2...buat pengetahuan sume kita kongsikan tentang cinta n suke..(^_^)..sb bagi ana masih ada lagi yang blOm dpt bezakn cinta dgn suke..bile cinta je mesti owg anggap sb dye tampan,pandai berpetah..jadi kita ungkapkan la sedikit..
********
Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.



Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. (^_^)..
*********
Hurm...bagaimana pulak dgn suke..?? heee 
Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
*********
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…


~ Program Kem Super Aulad,ulu yam Selangor Bersama Telaga Biru~

"Bismillahirrahmanirrahim.." Alhamdulillah..selesai suda program "KEM SUPER AULAD" yang berlangsung di Ulu yam,Selangor..syukur ke hadrat Illahi,program ini berjalan dengan lancar walaupun kadang2 m'punyai sedikit masalh..tp..tue la adat dalam b'program mesti xkn pnh t'lepas dari sebarang masalah..anyway..dpt diselesaikan ngn  baik..(^_^)..


*******
Syukran khatir bagi sume yg terlibat..hehe..wlaupOn kita faci2 xkenal diantara satu sama len tp..still ley b'kerjasama..sporting la kowg..heee...n syukran jazilan  bgi "MR.DEAN" cz sepanjang program membuli ana n sememangnya ana taw perangai mr.dean yang mang xkan puas buli ana dari dulu smpai skux..huh! (tergugat tol jiwa)..


******
dan juga sepanjang program ini ana rasekan sebuah program yang cukup ana suka dan sayang utk tinggalkan..yela..sape xsygkan..adik2 pun sporting gler la..program nie dpt smbutan best la...bak kata mang mantap la!..selama nie join program pun bawah kampus dgn member2 kan..berbeza dgn program di bawah consultancy..dpt byk pengalaman dan byk ilmu yang bley ditambah serta kesalahan2 yang dpt dibaiki agar program2 yg akn dtg xkn berulang kesilapan yang same..xnk la kan pisang berbuah 2x..ececeh..haha..


******
tp part yang paling ana teruja waktu jumpa dgn ustaz zahazan..fuh! memang focus gler la time beliau berceramah..huhu..da lame ana idam2 kan nk tgk dpn mata..hehe..ana pun xtaw pe yg menyebabkan ana teruja sgt bile jupe beliau maybe sb ana suke dgn cara penyampaian beliau..alhamdulillah akhirnya termakbul juga hajat ana..heee..(ciap de hajat ag taw..) Cikgu Yaser pun best sgt2 cara penyampaian beliau sbg motivator..lau ana pun terasa sgt2 kedalaman menghayati penyampaian ustaz zahazan n cikgu yaser pe lagie adik2 an..tp..series..mang dapat sambutan la program nie..


******
walaupOn..ana n faci2 pmpn byk kena tegur tp xkisah pun..sb pe yang ditegur mmg patut pun cz mang kesilapan kami..(tegur xbermakna marah lorhh)..tegur berhemah taw..hehe..kdg2 ana amek atiey la juga tp bile pk2 smla mang slh kami pun..syukran sb sudi tunjuk ajar ana n baiki kesilpan ana..




haaaa....ini diaaa....cube kowg tgk tentatif niee....best x...???? best lorhhhh...yg best nyer bkn adik2 je kena faci pun kenaaaaa...bak kate peserta sowg nie kate "haa...kak anisss..ni baru adil..adik kena kakak pun mesti kena.." huh! sabo je lan ana nie..kena men papan gelongsor..eh bkn papan da tue batu! haha..xmenahan tol time kena campak ngn adik2 terjun airrr!! owh!! TIDAK!!..da la faci2 lelaki sdg tunggu siap sedia utk menyimbah air pd kami faci2 pmpn..haha..yang paling bestnyer kena masuk dlm lumpurr!! lau setakat masuk kaki je ana xkisah ag nie haaa...satu bdn lor...dri kaki smpai kepala..adoiiyaaa...layan jeee..hee..time masuk tasik pun..adoiilaa...kasut peserta hilang la dlm tuh! "Akak! kasut akakkkkk...muka nk ngis da tuh..heee..tp..malangnyer xdpt dijumpai jadi "TITANIC" no 2..hee..mcm2 gelagat la adik2 nie..rindu kt kowg..ntah ler bila kita dpt jumpa ag kan..


******
Buat2 rakan2 seperjuangan yg len harap kita dpt jumpa lagi dan buat yang lebih baik lagi pd hari2 yang akan dtg..(^_^)..Syukran jazilan buat sume..terutama En,Syazni dan En,Naufal..cz bg tunjuk ajar yg banyak pd kami..huhu..wallahualam..


Sedikit foto yang diciplak dpd mr.dean..almaklumlan..ana nk kuarkan kamera pun xsmpt..huh!
"Adik2 pmpn baru sudah menunaikan perintah Illahi.."


"Duk watpe tue dikk...???""

"Dgr tazkirah pe dik?? Ustaz zahazan ek??

"Haaa,..ni diaaa...ni la Ustaz Zahazan!! (excited tol laa)

"Eh..tunggu dulu...bace doa dulu dikk,kita ikut sunnah dan adab Rasul
niekan tujuan program kita..(^_^)

"Tutupi Aurat,Diri Dilindungi"

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. 


Sememangnya menjadi fitrah semulajadi wanita dikurniakan sifat malu oleh Allah s.w.t.. Sepatutnya dengan sifat malu inilah wanita mengambil pendekatan yang lebih baik dalam tingkah lakunya – malu untuk berperilaku yang tidak senonoh, malu untuk mendedahkan aurat, malu untuk bersosial sakan, dan malu apa saja demi menjaga maruah baik dirinya.
**********
Namun bagaikan serba tidak kena apabila kita sendiri dapat melihat sebilangan besar wanita hari ini sudah hilang sifat malunya. Hilang malu, hilanglah seri seorang wanita, hilanglah nilai adab sopan yang menjadi tiang kehidupan untuk dimuliakan dalam masyarakat kita hari ini.

**********
Sebilangan besar wanita hari ini bolehlah dianggap sebagai tiada malunya lagi apabila mula memandang enteng kepada kewajipan menutup aurat, terlalu bebas dalam pergaulan berlainan jantina, berani melakukan perbuatan maksiat secara terbuka – apakah mereka ini tidak dididik sempurna oleh ibubapa? Atau tiada jati diri dalam pegangan hidup masing-masing? Jua tidak tahukah mereka tentang hukum-hakam didalam Islam dan azab neraka yang pedih sedang menunggu siapa jua yang melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.?

**********
Sangatlah jelas bahawa mereka tiada berpegang kepada Islam yang diakui agamanya, langsung mencabar kekuatan Allah s.w.t., tidak merasa ngeri kepada azab neraka yang pedih dan tidak rindukan nikmatnya janji syurga Ilahi.

***********
Walau apapun silapnya, sebelum keadaan menjadi lebih parah, itu semua sudah berbalik kepada kita untuk bertanggungjawab memperbetulkan keadaan sebelum wanita hari ini terus hanyut dibawa arus kemodenan semasa.

************
Awalannya kita harus positif dalam mendefinisi sifat malu, tentunya malu yang bersifat positif. Dalam Islam sendiri sangat menitikberatkan sifat malu, begitu juga dalam masyarakat Melayu kita yang asalnya sebuah masyarakat yang bermaruah, baik dari segi menjaga harga diri mahupun dalam bersosial bersama masyarakat awam.

************
Sifat malu yang positif akan menjauhkan seseorang dari perbuatan yang menjurus kepada maksiat, lantas mengingati Allah s.w.t. apabila mahu melakukan apa jua perkara yang tidak baik.

P/s : " Walhal itu,kita diperintahkan menutup aurat bukan hanya disebabkan hukum n perintah ttp juga kerana untuk melindungi diri kita sendiri..(^_