Monday, 13 June 2011

"Kain bertampal Milik Nabi" ~ Coretan bersama~


Abu Burdah r.a meriwayatkan bahawa :
"Aisyah rha telah menunjukkan kepada kami sehelai pakaian yang bertampal dan sehelai kain sarung yang kasar sambil berkata bahawa Rasulullah SAW wafat memakai pakaian ini"


Begitulah keadaan Nabi Muhammad SAW sepanjang hidupnya memakai pakaian yang sedemikian rupa. Walaupun kedudukan ekonomi agak baik selepas itu,terutama selepas peperangan Khaibar dan selepas penaklukan Makkah namun baginda masih memakai pakaian yang sedemikian..


Hadiah-hadiah mula mencurah-curah datang dari negara lain. namun demikian,corak hidup Baginda SAW tetap sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk..Sebanyak mana yang datang sebanyak itulah pula dibelanjakan kepada orang lain.


Imam Nawai r.a. menyatakan bahawa hadis ini membuktikan Nabi Muhammad SAW begitu tegas menjauhkan dirinya daripada kemewahan hidup. Pakaian yang kasar dan tebal akan mendorong sesorang kepada sifat taat dan tawaduk.Sementara pakaian yang lembut dan nipis  dan berkualiti akan mewujudkan sifat bangga diri,ujub,nifak dan suka bermegah-megah serta menjadi yang masyhur.


Sebahagian besar kehidupan Nabi Muhammad SAW gemar memakai pakaian yang kasar dan bertampal-tampal. Tetapi jika kain-kain yang baik diberikan kepadanya,Baginda SAW juga memakainya. Walau bagaimana pun baginda SAW tidak menampakkan perlunya memakai pakaian yang baik-baik. Baginda SAW bersikap berpada-pada dan sangat bersederhana..


Bagaimana dengan diri kita?? Tepuk dada tanya IMAN..andai kita cintakan kekasih Allah ini,maka ikutlah teladan baik yang Baginda berikan..

0 comments:

Post a Comment