Wednesday 13 June 2012

Jangan Menitiskan Air Mata Kerana dia milik Allah..


"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah. Lantaran adanya lelaki,dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik kekuatan."


Jangan pernah salahkan ALLAH , bertemu kita adalah kehendak dia dan berpisah kita adalah takdirnya.Jangan pernah salahkan ALLAH dia tahu mana yang terbaik untuk kita. Semestinya cinta di letakan padaNya dan kembali padanya .Mungkin hati ini terlalu mencintaimu dan tidak mencintai ALLAH seperti itu.



Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah.



Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
 ...
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai syabab..
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!


Luahan hati 1....

YA ALLAH...
hnya ENGAU MAHA MENGETAHUI,
perasaanku ketika ini....

Bukan mudah untuk menerima hakikat sebuah kehilangan. Walaupun kita sendiri sedar bahawa semua benda adalah sekadar pinjaman, termasuklah diri kita sendiri.. Setiap yang datang pasti akan pergi, setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang hidup pasti akan mati.


"Pagi tadi selepas subuh, Uwais da xde..," ujar ayah Uwais..

Sudah genap 4 tahun pemergian allahyarham yang tersayang. Pemergian yang sangat-sangat tak diduga. Tak dijangka. Tapi..apakan daya kita sebagai manusia kerana Allah lebih tahu setiap apa yang berlaku



Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita

Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.

Dan

Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi

lebih dari yang kita mahu lakukan




Al-Fatihah buatmu sentiasa di Ingatan..uwais..



Pada malam raya Aidilfitri , aku mendapat panggilan telefon daripada ibu uwais kira-kira jam 8.30 malam. Sejuk kedua-dua tanganku mendapat berita kematiannya. Ya Allah!  Sangat-sangat terkejut. Sangat sedih. Arwah meninggal secara tiba-tiba..mungkin memang telah tertulis pemergiannya pada malam itu..

Aku cekalkan hati melalui hari tersebut. Pilu sangat hati tengok jenazah untuk kali terakhir. Memang terasa sangat kehilangannya. mungkin betul orang selalu cakap, orang yang baik selalu Allah ambil dulu. Sebab Allah lebih sayangkan dia. sedey sgt bile terkenangkan arwah...dy teman hidup y bek sgt...semoga arwah di masukakn dikalangn org y beriman..

Minta maaf..hanya sampai disini saja dpt sy luah kan..tidak mampu lagi hati ini meneruskan coretan tentang kisah ini mungkin hati ini masih belum kuat untuk menghadapi semua ini walaupun telah 4 tahun berlalu..Ya Allah..teguhkan hati ini..jangan biarkan diri ini menyeksa pemergian Arwah dengan ketidakrelaan hati ini melepaskannya..Allah..Allah..

Uwais..

Sesungguhnya..saya tidak pernah melupakan awak sesaat pun didalam doaku.. sem0ga engkau tergolong dalam golongan hamba Allah yang beriman..amin ya Rab..


0 comments:

Post a Comment