Friday, 13 April 2012

Love Story : "Wanita Melamar Lelaki adalah 1 Amalan Terpuji"


“Sudi tak awak kawin dengan saya”? Ini adalah ungkapan yang selalu dituturkan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita. Tiada yang ganjil bukan. Bagaimana pula jika ia dituturkan oleh seorang wanita kepada seorang lelaki. Dalam konteks kehidupan masyarakat kita sekarang, wanita tersebut pasti digelar “perigi mencari timba” kan?



Andai  seorang wanita yang sangat menyukai seorang lelaki, dan merasakan bahawa lelaki itu mampu menjamin kehidupan dan kebahagiaan kelak, tetapi takut atau kuatir untuk memulakan langkah pertama kerana risau digelar perigi mencari timba. Walhal, memulakan langkah tersebut untuk membina sebuah perhubungan yang halal antara lelaki dan perempuan kerana ianya dituntut dalam Islam


Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya. Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,”

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata “Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.
“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat.

Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka.




Jadi wanita-wanita di luar sana, fikirkan dalam-dalam samada anda sanggup melepaskan seseorang yang anda cintai semata-mata risau digelar perigi mencari timba. Ia hanyalah istilah. Tiada yang menjilidkan di dalam undang-undang bahawa sekiranya kita menyatakan rasa hati kita kepada seorang lelaki, kita dianggap “muka tidak tahu malu”. Tiada salahnya mencuba. Penolakan itu biasa, tapi penyesalan sekiranya tidak menyatakan isi hati adalah yang paling memeritkan… Malu tapi mahu, bukankah begitu?? =)..

Tuesday, 10 April 2012

Takdirmu di Syurga kelak.. ( Wahai Syababku..)


"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, saya mulakan coretan daripada hati saya yang paling dalam..

"Di antara 7 petala langit dan bumi, akan pasti terdapatnya 7 petala cinta dari ILLAHI.."


Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran..Subhanallah…….
Dengan zikir-zikir munajat…Allhamdulilllah…..
Dengan surah-surah rindu yang dihafaz….

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Kau menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Kau menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa


"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika hilang agamamu maka hilanglah cintaku padamu" -Imam Nawawi
"Cintaku hanya untuk Allah, Kasihku hanya untuk Rasulullah, Rinduku sentiasa untuk ibu dan ayah, hanya satu yang tinggal untukmu di hatiku, kunamakan ia Sayang.."




Impianku adalah untuk juga mencintaimu dan berbakti untukmu sepertimana cinta dan bakti Saidatina Khadijah kepada Rasulullah saw..


Bermula dari saat sempurnanya lafaz sakinah
Berakhir pada saat bibir ini menukir lafaz syahadah


Mengiring kepulanganku kepangkuanNya
Doaku, 'semoga dirimu baik-baik saja', Ameen




ketahuilah wahai bakal imamku..

Perjuangn..sbgai sorg muslim sjati,xkn brakhir prjuangnmu,selagi dua telapak kakimu,tidak menjejaki pintu syurga...

ingat lah,innalillahi wa inna ilaihi rajiu'un..jgn skdr ucapkn sje,fhami btul2 ucapn 2,"dari ALLAH kte dtg,kpd ALLAH kte kmbali",bkn skdr ucapn,tp,peringatn buatmu wahai bakal mujahidku...



Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakanmu dari perjuanganmu yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???..... “Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab kau leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini….






"Adakah aku sehebat Fatimah Az-Zahra, puteri Rasululllah s.a.w ??"



 
                                                                           

                                                                              ”Inilah persaudaraan dan cinta”   

Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” 
Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

“Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28] 

"Adakah aku setabah "Siti Hajar"..

Alangkah indahnya, jika kelak, dijemput Allah, tika perit melahirkan zuriat. Bukan sengaja mahu meninggalkan anak-anak tanpa ibu. Suami tanpa isteri. Tetapi, diriku mahu mati sebagai syuhadah. Bak kata seorang teman, ” Hiduplah sebagai ulama’, matilah sebagai syuhadah.” Diri ini mahu mati dengan redha suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya.




“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan diri dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga”
(Surah At Taubah: Ayat 111)


* Apabila seorang wanita sanggup berkorban untuk membantu usaha dakwah suaminya, maka usaha dakwah akan maju dan Allah swt akan lahirkan daripadanya anak-anak dan zuriat yang soleh.*

                                                     Wallahualam.. :)