Sebuah sajak tentang sang rama rama, rama rama yang terleka dengan kecantikan dirinya, menari nari dipermukaan tasik, hampir membinasakannya tetapi kemudian ia tersedar. Nah!, inilah orang beriman (kalau anda tidak berjiwa sastera, mungkin boleh abaikan)
Betapa ia (rama rama) melihat khayalannya bergelombang keluar.
Seolah-olah seperti bintang yang dibariskan di atas rak dan air yang sejauh mata memandang.
Kemudian ia berputar-putar, merenung, dan berharap alangkah baik jika ia dapat mencapainya.
Hampir-hampir -jika tidak sedar- ia akan mati kerana lemas.
Tetapi ia beriman. Oleh itu, adalah sukar ia diperbodohkan.
Jelas kepadanya perbezaan antara kesesatan dan petunjuk
terharu rasanya.... betapa besar kemuliaan yang telah ALLAH berikan pada seorang wanita......
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Ya, kalaulah ia tidak sedar , mungkin percikan ombak yang kuat akan mengapai dan melemaskannya. Tetapi ternyata rama rama ini mempunyai ciri keimanan. SEDAR SEBELUM BINASA.
Anda bagaimana?, sudahkah anda sedar?
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
.. Mahalkan harga dirimu wahai wanita ..
Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
akhlak mulia budi pekerti tinggi
jom apa lagi, ubah lah diri,
agar jadi muslimah sejati,
tapi, jangan lah bangga diri,
Ingat Allah Maha Mengetahui,
yang nyata mahu pun tersembunyi...
P/s : Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang. :),, Hayatilah...semoga kita dapat menjadi rama-rama yang indah.
0 comments:
Post a Comment